Wednesday, June 23, 2010

KAMI JUARA KALI KE 7 BERTURUT2

Kejohanan pun telah berlalu dengan aman dan damai.
Seperti yang kami hajatkan akhirnya Allah perkenankan juga. Kami pergi dengan penuh dengan
harapan. Kalau gunung Kinabalu tu tinggi, tinggi lagi harapan kami, kerana kami benar -benar berharap agar dapat menyimpan tropy Piala Yang Dipertuan Agung utk kali ke 2. Mana tau boleh masuk dalam Malaysia Book Of Recod ha ha ha.


Inilah tropy yang menjadi kebanggaan MGTF dan rebutan semua . Seperti biasa kami mula berlatih dari awal tahun lagi.Maklumlah nak menangkan.



Dari segi pungutan pingat emas tahun ini lebih banyak dari tahun lepas. Kalau tahun lepas
kami hanya mengutip 6 pingat emas. tapi tahun ini kami berjaya mengutip 9 pingat emas.





Mula tu Tn.Presiden Dr. Razak memberikan motivasi dan kata-kata semangat. Tengok je muka depa begitu ceria sekalikan. Ini pasti ada ganjaran yang menanti mereka jika berjaya mengekalkan kejuaraan untuk tahun 2010.



Patutlah depa senyum panjang rupanya ada jamuan istimewa, makan malam di hotel sri malaysia. Sedapnya depa makan. Terkenang masa dulu zaman kami jadi atlit kalau ada orang nak belanja makan kan best. Depa ini bertuah sungguh mewah .



Bukan setakat makan malam je ada imbuhan RM pulak tu . Walau pun tak seberapa tapi kalau saya hebat lah tuuu .



lepas majlis penghargaan kepada atlit hari latihan pun bermula. Kami adakan latihan 3 kali
seminggu .



Setelah pemilihan peserta program penyampaian bendera negeri pun diadakan macam tahun
tahun lepas. Bagi semangat la konannya.

Alhamdulillah berhasil juga usaha semua yang terlibat bagi mencapai impian.

Di mana ada kemahuan di sana ada kejayaan.