Friday, December 18, 2009

Marilah Berhijrah

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara dan akhirat jua kekal abadi. Oleh itu, perbanyakkanlah amal ibadat kita dari tahun-tahun sebelumnya. Buatlah amal ibadat semata-mata ikhlas kerana Allah swt. Orang yang pasti berjaya hanyalah 0rang- orang yang mentaati perintah Allah swt. 100% dan mengikuti sunnah Rasululllah saw. Marilah berhijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Dunia pasti akan aman sejahtera jika kita semua bersangka baik kepada ALLAH,RASULNYA dan sesama manusia, sebarkanlah salam ,sembunyikan aib org dan bersedekahlah. Salam Maalhijrah dari kami iTKD .

Soalan utk renungan dan jawaplah sendiri:
1. Apakah amalan saya yang bertambah hari ini???
2. Adakah saya mentaati perintah Allah dan RasulNya?

Tuesday, December 15, 2009

ISLAMIC TAEKWONDO & PONDOK

Bila nak cerita tentang Islamic TKD saya tak dapat lari dari menceritakan tentang pondok kerana kedua-duanya umpama isi dan kuku yang tak dapat dipisahkan. Apa tidaknya sebab ITKD lahir di pondok ( MADRASAH MANABIUL ULUM ) atau lebih dikenali Pondok Penanti.

Pada tahun 1990 saya mula mengajar TKD kat Pondok setelah Ust Hj.Idrus masa tu menjadi guru disiplin. Sy pun mulakan kelas dengan kawan-kawan lebih kurang 10 org je. Setelah berjalan lebih kurang sebln berlatih tiap-tiap hari kami pun pergi mencuba untuk melihat sejauh mana kemampuan kami memahami dan mengamalkan teknik-teknik yang kami belajar. Ust kesayangan kami (Ust Hj. Idrus) pun dengan semangatnya menyokong cadangan kami .Beliau belikan kami seorang 3 biji telur ayam kg dan madu. hari hari beliau suruh kami minum lepas solat subuh. katanya ini amalan panglima jawa bila nak pi lawan..... tapi huuu memang berbaloi-baloi he he he

Sampai di Selama Perak kami macam rusa masuk kg. Kami tak kenal siapa dan siapa pun tak kenal kami he he.Lepas daftar kami pun mula latihan le sorok-sorok pula tu malu kat orang le konon.Org pun tengok kami macam tak ada je tambah-tambah pula kami datang semua pakai kopiah PAK LEBAI le katakan.

Bila perlawanan bermula, maka episod lawak pun bermula. kami tak tau peraturan pertandingan kami main belasah je. Ada yang kena warning melompat kegembiraan. Dia ingat da pat markah he he . Apa lagi semua penonton pun tergolek-golek gelak bagai nak pecah perut. kami ingat depa suka rupanya depa kasihan tengok kami .

Walau pun begitu semua lebai-lebai ini menang untuk perlawanan pertama mereka. Pada kejohanan tu kami dapat 1 perak 14 gangsa kira semua dapat pingat alhamdulillah.

Monday, December 14, 2009

ISLAMIC TAE KWON DO ACADEMY


Islamic Tae Kwon Do Academy telah diasaskan oleh Ust. Hj. Mansur Manni pada tahun 1990 di Madrasah Manabilul-Ulum (pondok penanti).
Asalnya keahlian hanyalah untuk pelajar-pelajar pondok sahaja. Atas permintaan ramai dari berbagai tempat, akhirnya pada tahun 1994 barulah keahlian dibuka kepada orang ramai.
Sekarang Islamic TKD. telah berkembang luas di dalam dan luar negara. Di Malaysia ITKD telah mempunyai cawangan di KL, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. IslamicTKD juga telah berkemban g di Mesir, Jordan, Bangladesh,Thailand dan Kemboja.
Perkembangan ini dibantu oleh pencapaian pelatih yang begitu cemerlang dalam berbagai pertandingan dalam arena taekwondo di antarabangsa, kebangsaan, negeri & jemputan.
ITKD telah berjaya melahirkan ramai juara-juara peringkat negeri, kebangsaan dan dunia.