Tuesday, December 21, 2010

SEMINAR TAEKWONDO ANTARABANGSA



Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT .Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad saw,keluarga serta sahabat baginda.

Akhirnya Seminar Taekwondo Antarabangsa UiTM Penang telah berjaya dan berjalan lancar. Walau pun kami terpaksa mengharungi berbagai rintangan dan halangan. Berkat pertolongan daripada AllahSWT , bantuan dari pihak pengurusan UiTM terutamanya( Prof pengarah UiTM ) dan sokongan kuat dari unit sukan UiTM Penang (pegawai sukan En. Salim beserta staffnya ), kawan-kawan semua F ( GTF,WTF,ITF ) maka seminar ini telah berjalan dengan baik sekali.




Suprem Grand Master Kim Bok Man berucap tanda terima kasih. Wakil Pengarah Prof. Madya Ir Damanhuri menyampaikan cenderahati kepada SGM Kim.



Pengarah menerima anugerah talipinggang hitam 2nd Dan.


Alhamdulillah jumlah penyertaan adalah seramai 115 orang. Peserta pula dari berbagai persatuan taekwondo dalam dan luar negara ( Singapura, Indonesia, Veatnam,Bangladesh,India dan Kemboja.)


SM.Kim Bok Man sedang mengajar teknik berdiri yang betul. Yang tepi pakai tudung pink tu orang no 1 islamic taekwondo.


Ini antara kawan-kawan dari Taekwondo GTF dan Tangkas Taekwondo Akademi


Ini sebahagian peserta dari persatuan Taekwondo WTF.



Sebahagian peserta dari ITF, Singapura dan Persatuan Taekwondo Sabah.



Ini pula sebahagian dari Islamic Taekwondo Academy.



Disesi terakhir seminar kami pun ambil kesempatan untuk bergambar dengan Suprem Grand Master Kim Bok Man dan juga Grand Master Raja Chik Jaafar.

Semua yang datang sebenarnya adalah atas dasar ingin menambah ilmu dan demi persahabatan bukan mewakili pertubuhan. Sepatutnya semua orang harus bersikap terbuka seperti mereka bukan syok sendiri.



Ucapan " thank you " banyak 2 kepada Suprem Grand Master Kim Bok Man kerana sudih memberikan tunjuk ajar. Sesungguhnya terlalu banyak yang saya belajar dari beliau. Pertemuan 3 hari tak cukup sebenarnya kerana beliau adalah " Lagenda hidup Taekwondo "

Tq juga kerana telah menghadiakan kepada saya buku tulisan beliau. Jangan cemburu ye !

Tq banyak2 kepada pelajar UiTM yang bersusah payah membantu menjayakan seminar ini.


Kerja-kerja terakhir selepas Seminar , mengangkat mate untuk disimpan di stor .

Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kepada semua yang terlibat .

Wednesday, December 8, 2010

JUARA BARU DI WTF ( TM )

Kejohanan TM kali pertama pada 24 hingga 26 Nov 2010.
Kejohanan telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.



Walaupun baru mendapat kelulusan dari pihak kerajaan , namun TM telah berjaya menunjukan komitmen mereka untuk pembangunan taekwondo di Malaysia. Ini lah sikap dan kesungguhan yang patut di puji. Tahnia kepada TM.

Kejohanan tersebut telah berjaya menghimpunkan atlit seramai lebih kurang sembilan ratus ( 900 ) orang. 15 buah negeri dan 19 primer kelab telah mengambil bahagian. Kalau ada kesungguhan kejayaan pasti dapat di kecapi.

Tapi kalau hanya duduk diam2 dan pandainya hanya menyalahkan orang itu an menyalahkan orang ni habuk pun tak akan dapat.



Zaman dah berubah, perubahan pulak terlalu laju. Kalau kita tidak bertindak pasti akan tertinggal jauh kebelakang. Sistem kejohanan WTF sekarang pun sudah berubah markah,pengadilan pun turut berubah. Sistem permarkahan kejohanan WTF sekarang hampir sama dengan GTF dan ITF. sepak kepala 3 point badan jika jumping kick 2 point tendangan langsung ke badan pula satu markah.

Kalau lah GTF dan ITF dapat dibenarkan bertanding dikejohanan WTF saya pasti peluang adalah 50-50. Oleh itu ORANG KUAT GTF N ITF buatlah sesuatu demi kebaikan pelajar masing-masing. Kalau nak seribu daya kalau tak nak sedalih je .



Saya sudah buktikan bahwasanya siapa pun kita dan apa F pun kita tidak penting apa yang penting ialah cara yang betul dan semangat juang yang tinggi mesti ada.




Saya berharap semoga satu hari nanti TM,GTF & ITF dapat duduk semeja demi kebaikan atlit dan negara. Sejauh pengamatan saya selama ini kita gagal di kejohanan TKD antarabangsa kerana kita tidak menghantar peserta yang terbaik dan terhebat.

Kenapa Karate ,Silat boleh berjaya ? jawapanya mudah sebab mereka menghantar peserta yang terbaik yang ada di Malaysia. Mereka buat pemilihan dikalangan semua pertubuhan karate dan silat yang ada. Manakala TKD hanya satu pertubuhan sahaja, 2 pertubuhan lagi diabaikan.


Setiap pertubuhan TKD masing-masing memiliki atlit yang hebat. GTF pun ada atlit yang bergelar juara dunia begitu juga ITF.

Saya berharap KBS dapat membantu TKD untuk lebih maju dengan membuat satu badan seperti MAKAF & PESAKA dengan nama apa pun tak apa yang penting 3 pertubuhan dapat peluang yang sama rata.

Tuesday, November 30, 2010

PERTEMUAN SELEPAS 26 TAHUN BERPISAH

20hb November 2010 jam 12.00 malam.
Hari yang bersejarah dalam hidup ku. Allah SWT dengan kasih sayangNya telah mempertemukan kami setelah 26 tahun berpisah.

Terasa di hati kebesaran Allah, dunia terasa begitu kecil . Saya dari Kedah n sahabat saya dari Sabah.Kuala Lumpur, Jalan Cho Kit menjadi saksi pertemuan tengah malam tersebut.



Kalau dulu ke mana pun kami akan bersama. sekarang tua da anak pun ada ramai .
Ada lagi sahabat kami yang tak jumpa. Semoga satu hari nanti Allah mempertemukan kami .



Ini gambar yang diambil 26 tahun dulu, yang paling macho tu ha ha . Yang sebelah gambar terbaru tua da.



Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Ust. Ramlang Porigi kerana sanggup bersusah payah menjadi pemandu arah sehingga pertemuan dapat berlaku, al maklum jalan kat KL saya memang angkat tangan tambah- tambah pulak tengah malam lagi la.

So saya berharap kawan2 mana yang da lama tak jumpa tu kontek lah.

Wednesday, September 29, 2010

KEJOHANAN TERBUKA UKM 2010



Ini ada kejohanan terawal selepas Bulan Puasa.

Kami pun hantar lah beberapa orang hero n heroin, tolak dari UiTM Penang jam 3pm
hari khamis.



Saya tidak bersama mereka dalam bas sebab saya n umi pi lewat ( jumaat ) sampai kat bangi pagi jam 9. Perlawanan pun da nak start.

Kami pi pun untuk bagi pendedahan kepada pelajar-pelajar UiTM sebab bulan nov nanti ada
KARISMA . Depa pula ada yang tak pernah lawan lagi. Jadi kami pun tidak tagert apa2 pingat.



Yang pakai purda tu pengurus pasukan terbaik abad ini ha ha ha. Ini sebahagian dari atlit UiTM.


Walaupun kami bawa jurulatih kelas dunia tapi pingat gangsa je dapat. Ini antara wajah2
pemain import . Mutu pengadilan tu keseluruhannya kira ok la syabas UKM, walaupun ada
sedikit upset tapi itu kira ok le.

Walaupun masa terlalu ketat sempat juga kami buat sedikit majlis tazkirah ,

muka sampai herot-herot nak sampaikan betapa penting mereka jaga niat , jaga solat.
Kerana tempat macam ni kalau tak berhati2 solat pun boleh terbang. Alhamdulillah depa masih mau dengar walaupun penat letih bertimpa.

Sebagai jurulatih suka saya yang hina dina ini menasihatkan kepada semua JURULATIH , PENGURUS PASUKAN DAN GURU PENGIRING anda adalah dipertanggungjawabkan terhadap studen anda. Kalau mereka hanyut maka anda akan dipersoalkan kelak.

Juga kepada JURULATIH sekalian kawal pergaulan pelatih anda.



Kalau ikut punggutan pinggat Islamictaekwondo dapat 2 emas 3 gangsa.
Tahniah kepada semua . Apa pun solat kena jaga betul bukan kira nak lawan je.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya.
Semoga Hari raya tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Hari Raya adalah anugerah Allah SWT yang maha penyayang kepada hambaNya yang telah bersusapaya sebulan lamanya menahan lapar,dahaga, keinginan hawa nafsu dan keseronokan demi menurut perintah Allah.

Hari kemenangan yang kita akan sambut esok insyallah juga merupakan hari kemerdekaan syaitan-syaitan yang tertambat selama sebulan.Semoga saja kasih sayang Allah sentiasa melindungi kita.

Sambil kita berseronok melayan tetamu dan menziarahi sanak saudara n teman-teman serta kawan-kawan janganlah sampai kita terlepas pandang akan adap sopan dan tatasusila yang perlu kita patuhi. Antaranya :-

1.Jangan tertinggal solat eidul fitri dan solat jumaat
2.Kawal nafsu makan
3.Kawal pergaulan
4.Elakkan bersalaman dengan kaum yang berlainan jenis.
5.Pakaian mestilah menutup aurat ( wajib )

Sunat-sunat Eidul fitri

1. Mandi sunat raya
2. menjamah makanan sebelum keluar solat eid
3. Perbanyakan bersedekah
4. memakai baju baru @ cantik
5. mengucapkan tahniah " semoga Allah menerima amalan saya dan anda "
6. menggunakan jalan yang berlainan semasa pergi dan balik dari solat eid.

Jangan lupa berdoa kepada Allah semoga segala amalan puasa, solat,zikir,selawat dan sedekah kita diterima.

Dan jangan lupa doakan juga untuk saya sekeluarga. terima kasih.

Jangan lupa datang rumah kami di Taman Gemilang Lunas Kulim Kedah pada hari ke 2.

Monday, August 23, 2010

islamic iTKD ( muslim vs fahmi )

1/3 ROMADHAM TELAH BERLALU.

Rasa macam baru semalam kita mula berpuasa .
Rupa-rupanya kita da masuk 1/3 yang kedua.
1/3 pertama da berlalu dan pasti tak akan kembali menemani kita
dalam mengharungi Romadhan ini.

Peluang mendapat rahmatNya pun telah beredar bersama 1/3 pertama.
Sekarang kita sedang berlegar diruang yang dipenuhi keampunan Allah SWT.
oleh itu marilah kita bersama berlumba-lumba merai keampunannya.

perbanyakan lah istiqfar semoga segala kesalahan n dosa yg lalu mendapat
pengampunanNya.

Bangunlah ditengah malam menadah tangan, adukan segala rintihan hati mu,
luahkan segala resah mu dan akui segala dosa.

Allah pasti mendengar rintihan hatimu.
Allah pasti mendengar kelu kesahmu.

Tuesday, August 10, 2010

MARILAH MAJUKAN MGTF



Semalam telah berlangsung sidang media Persatuan Taekwondo Kedah.
walaupun kejohanan telah berlalu 2 bln namun sebab da janji dengan atlit-atlit kena buat juga le.
pemberita yang datang pun 2 orang je metro dan sinaran.

Bila tengok situasi ini kasian pula dalam hati saya ........ sedih sedih !


Terkenang pulak masa MITF
Dulu setiap kejohanan kebangsaan pasti meriah .
Lawan pun memang puashati .
Kalau menang lagi best boleh nak pentas terima pingat . memang manis untuk dikenang.
peserta pun lawan best - best kira lepas lawan tu huuu.. puas, bengkak sana sini pun boleh.

Tetapi hari ini jauuuu bezanya...ada pun bagaikan melepas batuk di tangga.
Buat pun macam tak ada tempat lain da.
politeknik....politeknik....politeknik......entah berapa kali lagi ...? ? ?

Nama je kejohanan kebangsaan tapi ....
Kalau tanya orang lama lama pasti semua akan kata
" kejohanan jemputan lagi jauh lebih hebat."


Lagi sedih ada negeri tak hantar peserta atas alasan yang tapi tak masuk akal.
Alasan tu kalau bagi kat budak tadika pun depa kata pembohong besar.

Yang lagi malang ada bos bos tu datang duk jauh jauh kat sudut sudut
depa ini jadi pengadil sendiri itu tak betul ni tak betul, ini tak adail itu tak adil .. depa je yang betul kot .

Bukan marah tapi sekadar bimbang ....
kalau ini lah penomenanya persatuan pasti akan hancur satu hari nanti.

Kita ada pengalaman pahit masa lampau ketika dalam ITF dulu .....
mengapa tak belajar .................???
" bersatu kita teguh bercerai pasti punah " ......

Kalau rasa tak mampu bagi je jawatan tu kat orang lain yang berkebolehan.
Barulah persatuan boleh bergerak maju dan lebih mantap.