Thursday, May 20, 2010

KAMI JUARA LAGI

Terlebih dahulua kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PERTAMA ( persatuan tkd gtf Perak ) kerana sudih menjemput kami menyertai kejohanan yang yang mereka anjuarkan.

Sebenarnya PERTAMA ini adik beradik kami bukan orang lain pun . Orang kuat pertama Mr. Azhari, Mr Ewan, Mr.Ipin bukan Ip man jangan tersalah sebut ye.... he..he. begitu juga yang lain tu semuanya adik beradik kami belaka. Mereka juga pendokong dan penyokong Islamik TKD yang paling kuat.


Tengok lah duduk pun nak dekat-dekat macam tak ada tempat lain da nak duduk . Tambah yang comel tepi saya tu, dia ni adik bungsu kami.

Ini adalah hero- hero kami . depa ini umur baru setahun jagong dalam TKD tapi semangat juang mereka memang tinggi. Mereka in adalah pelajar-pelajar pondok penanti.


Ini anak saya yang kembar Bukhari n Muslim perlawanan akhir .Ini kali ke 6 mrk berjumpa di akhir rekod 3 3.


Yang Black Blet tu anak saya dia ni baru nak mencari tempat untuk duduk sebaris dengan hero2
dalam ITKD. Setakat ni dalam gelanggang GTF dia tak pernah kalah lagi.

Ini lah masa yang paling mengembirakan bila diumumkan sebagai juara keseluruhan.





Monday, May 3, 2010

KEMBARA KE TANAH SUCI 2

Salam persaudaraan untuk semua,

Ini cerita sambungan yang lalu tu le. Yang lepas baru cerita kat Jordan .
Sampai Jeddah kami terus nak bas menuju Kota Cahaya ( Madinaul munawarah ).
Dalam bas lepas saja mutawif berdoa n bagi taklimat susana menjadi sunyi sepi
hanya deruman injin bas shj yg kedengaran. Ahli jemaah sedang melayan mimpi2
indah yg sy pun tak tau he he he.

Jam 2.00 am agak2 je lupa da. kami singgah makan bekal yang kami bawa dr Jeddah.



Makan pun dgn penuh semangat walau pun mata masih digagahi oleh ngantuk yg bersangatan.
Dalam pada tu nasi habis juga ha ha ha.


Walaupun baru sampai tak dan tidur lagi tapi posing tetap mantab. Pas posing kat lobi hotel kami pun pi masjid nabawi.



Ini lah wajah hadapan Masjid Nabawi yang terbaru . Payung tu akan kembang bila panas.
Memang best ....



Gambar Dato Malek n Ust Bakar kat Baqi' . Sy pula posing kat Raodha sempat lah belajar dgn
Pak Arab Mesir yg semyum2 kat tepi. Bacaan Quran dia memang power.