Tuesday, February 9, 2010

iTKD di Kejohanan MRSM

2009 kami dari persaudaraan islamik TKD telah dijemput menjadi pengadil di kejohanan MRSM seMalaysia . Kejohanan tu di hadiri oleh 40 MRSM dari seluruh M'sia.



kejohanan tu berlangsung 3 hari . Banyak memang mencabar sekali . Yang bestnya tu kami belajar banyak perkara dan terpaksa banyak sabar. Kami diberikan segala kemudahan penginapan,makan dan alhamdulillah layanan sgt baik .

Terlebih dahulu saya mewakili semua pengadil ingin mengucapkan ribuan terima kepada Tn.Pengetua n krew MRSM Transkirian atas bantuan dan segala kemudahan yang diberikan.



Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada ust.marzuki gbr yg paling hsome baju oreng tu dialah orangnya. Beliau sgt baik n sgt membantu dalam segala hal .

Kami bermula dengan penuh kekalutan kerana peraturan pertandingan yang kami tak faham.
Begitu bercelaru sekali. Pattern pula ikut suka hati. Pattern hentam saja pun adalah.

Saya ingat lah kalau Gen. Choi hidup lagi masa tu dan menyaksikan kejohanan 2 pasti dia menagis teresak-esak. Beliau telah mencipta pattern dengan baik tapi tiba2 dihancur-hancurkan.

.
( Ini ketua pengadil ) Ini masa taklimat pengadilan . Masa ini lah dia koment berapi pasal peraturan. Alhamdulillah kesannya dengan pertolongan tn. pengetua dan ust. Marzuki tahun ini peraturan pertandingan telah berubah . Dan pada pandangan saya perubahan ini sangat baik dan lebih adil dan mudah. Terima kasih.




Masa tu Abg kita ini jadi ketua teknikal tengok je gbr beliau begitu tekun sekali memberi penerangan . Klu beliau tak ada masa tu memang tenat. yang belakang tudung putih tu orang kuat beliau depa ini sampai tak tidur lah nak siapkan carta pertandingnan.





Satu lagi perkara yang menarik lepas kejohanan Ust. Marzuki buat kejutan pula jam satu subuh htr sms minta penadil buat demo.

Tapi pasal semua pengadil2 macho belaka depa pun pantang dicabar buat juga walaupun tak sedia.




Kami bersyukur krn diberikan peluang utk membantu MRSM menjayakan kejohanan tersebut dengan penuh semangat kesukanan.

Beberapa orang guru pengiring dan jurulatih mengucapkan tahnia kepada kami kerana kata mereka selama 6 tahun kejohanan kebangsaan MRSM ini adalah kejohanan yang paling adil yang mereka pernah ikuti.

Kepada semua pengadil ( Mr.Nanda,Mr.Bala,Mr.Din,Mr.Rosnan,Mr.Hanafi,Mr.Arif,Ust.Ismail, Umi Sahuri,Mr.Azhari,Mr.Iwan,Mr.Ipin,Mr.Abd.Rahman,Mr. Samsudin, dll yang saya lupa nama.) tolong maafkan saya. kepada mereka semua terima kasih banyak kerana membantu saya dengan sepenuh hati. i love u all.