Tuesday, July 26, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN



Apabila mentari Sya'ban telah melabuhkan tirainya Ramadan pasti menjelma bersama sejuta harapan kepada mereka yang beriman.


Daripada Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada kami pada hari terakhir Sya'ban :

" Wahai manusia ! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati . Satu bulan di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitulah Lailatulqadar. Satu bulan yang Allah jadikan puasa pada siangharinya sebagai satu amalan fardu dan berdiri malam harinya sebagai ( solat tarawih ) sebagai satu amalan sunat.

Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan lain. Sesiapa yang menunaikan satu fardhu maka seolah-olah dia melakukan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan Rahmat , pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada api neraka.

Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya ( pekerjanya ) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT. dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkan lah pada bulan ini empat perkara . Dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua lagi yang tidak boleh kamu perlukan . Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya dengan penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah SWT iaitu Lailahaillah dan kamu memohon istighfar daripada Nya. Dua perkara lagi yang mesti bagi kamu ialah memohon syurga dan berlindung daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu ( pada hari kiamat), dengan sekali minum , dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga. "

Darjat Puasa

Al-Iman Al-Ghazali dalam Ehya' Ulumuddin nya membahagikan puasa kepada tiga darjat @ tingkatan .

1. Puasa Umum
Puasa sekadar menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi tuntutan syhwat.

2. Puasa Khusus

Menahan diri daripada memenuhi tuntutan syahwat perut dan kemaluan tetapi orang ini juga menahan telinga,mata,lidah, tangan,kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Ini puasa orang soleh.

3. Puasa Khusus Al Khusus
Selain daripada menahan tuntutan syahwat perut dan kemaluan dan seluruh anggota badan tetapi orang ini juga menahan hatinya daripada memikirkan perkara kotor dan hal-hal keduniaan , hatinya sentiasa ingat akan Allah SWT. ini puasa orang sddiqin dan muqarrabin.

Kesimpulannya marilah kita sama- sama berlapang dada, kalau sebelum ini kita bermasam muka sesama sendiri maka maaf-memaaf lah .

Kalau sebelum ini fitnah memfitnah menjadi sarapan pagi dan minum petang kegemaran kita maka taubat taubatlah .

Kalau sebelum ini kutuk mengkutuk menjadi pemanis bibir kita maka taubatlah

Semoga Ramadan yang bakal menjelang kita dapat lalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Kalau semua orang sanggup berlapang dada dan maaf memaafkan pasti dan pasti dunia ini akan aman, damai dan sejahtera abadi.

Sedarlah dunia ini hanya sementara akhirat jua yang kekal abadi.




Thursday, April 21, 2011

KPN melawat Pondok Penanti




20hb April 2011 menjadi sejarah bagi Madrasah Manabiul Ulum ( Pondok Penanti )
apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar sudih meluangkan masa solat Asar berjemaah bersama dengan pelajar dan warga kampung kubang ulu.


pelajar berbaris menanti ketibaan KPN . KPN bersalam dengan pelajar

Tan Sri sampai di kawasan pondok bertepatan dengan masuknya waktu Asar. Lepas bersalaman dengan guru, orang kg dan pelajar beliau terus masuk ke dalam madrasah.


Tn.Guru Hj. Hussin Ahamad mengimam solat Asar

Selepas solat Tan Sri KPN memberikan sedikti tazkirah kepada pelajar.



Ucapan beliau sangat menarik antara lain :-

a. Betapa pentingnya mengaji agama kerana hanya dengan adanya ilmu agama dalam dada
barulah hidup ini dapat berjalan dengan baik.

b.Doakan lah kami agar kami jadi lebih baik dan semoga kami dapat menjaga keselamatan negara ini lebih baik.



KPN Tan Sri Hj. Ismail . Dato Ayub KP Penang


Tuan Azman KP Bkt. Mertajam . Sarjen Hasan ni abg angkat madrasah kami


Yang macam pak arab tu la ust. Badrul Azhar rakan sepengajian dengan saya . KPN biasa mengaji kitab kat dia.Yg berbaju taris ialah Drs.Us. Redwan beliau adalah pegawai Majlis Agama Islam Penang dan merupakan waris pondok Penanti.

Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada KPN Tan Sri Hj Ismail Hj.Omar , Dato Ayub KP Penang dan Tuan Azman KP Bukit Mertajam, Sjn Hasan dan semua pegawai-pegawai polis yang sudih melawat madrasah kami.

Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan kerana sanggup mengadai nyawa untuk keamanan rakyat dan negara Malaysia.

Thursday, March 10, 2011

KEJOHANAN TAEKWONDO UiTM PULAU PINANG INTERNATIONAL





Kejohanan Taekwondo Jemputan Antarabangsa UiTM Pulau Pinang baru je selesai.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar berkhat bantuan kawan semua.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua yang telah bersusah paya dan bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan kejohanan tersebut.



Inilah antara urusetia kejohanan yang telah bermati-matian dan bersengkang mata ,memerah tenaga semata-mata supaya semua orang boleh sparring.


Inilah barisan pengadil MGTF Malaysia.

Tahun ini UiTM membuat kelainan dalam penganjuranya kerana kali ini kejohanan berlangsung selama dua hari , hari pertama menggunakan sistem pengadilan GTF dan pada hari ke 2 menggunakan sistem WTF.



Inilah antara pengadil WTF terima kasih yang tak terhingga kepada mereka.

Kejohanan UiTM kali ini teah disertai oleh beberapa negara luar seperti Kemboja, Banglades,Thailand, Indonesia, Vietnam dan Fhiliphina.
Jumlah peserta 547 .

Wednesday, February 9, 2011

KEJOHANAN TAEKWONDO UiTM PULAU PINANG



Kejohanan ini sebenarnya bertujuan untuk menghimpunkan semua ahli Taekwondo .
saya benar-benar berhajat untuk melihat satu kejohanan yang dapat menghimpunkan 3 F TKD
( GTF,WTF ITF ) yang ada di negara kita yang tercinta ini.

Selama ini kita lihat masing-masing F yang hanya bermain dalam persatuan sendiri.
Saya yang kecil berhajat mengajak dan menjemput semua taekwondo datang bermain bertanding dan bertukar-tukar skill. Agar satu hari nanti kita dapat duduk dibawah satu payung dan akan lebih menghormati kawan-kawan dan diri sendiri.

Saya mengajak semua kawan-kawan datang lah kita cuba sama-sama.
untuk acara remaja kita gunakan peraturan GTF. manakala acara terbuka kita gunakan peraturan WTF kita cuba buktikan bahawasanya kita boleh bermain dalam apa keadaan dan peraturan sekali pun . sebab peraturan dan permarkahan yang terdapat dalam WTF dan GTF sekarang ini hampir sama saja.

Sekali lagi saya cabar tuan-tuan, master-master datanglah kira buktikan bersama bahawa kita boleh bersama melakukannya sebagi 1 Malaysia 1 Taekwondo.