Wednesday, January 6, 2010

BELADIRI DAN SAYA

1984 saya mula belajar Taekwon do. Sebelum itu pun saya telah belajar silat bugis dari sepupuh saya.
Sebulan belajar khatam le, tapi masa tu saya masih sekolah rendah lagi. Masa tingkatan satu saya tumpang rumah kakak pupuh berapa punya pupuh pun saya tak kau tapi mak saya kata pupuh saya pun pupuhlah. Masa tu bapa saya kerja estet jauh dari Bandar sekolah menengah hanya ada kat Bandar saja.






Pendek cerita satu malam budak nakal kampong tu ajak saya gaduh. Alasan depa saya belagak alim selalu pi masjid .Apa lagi bagai orang ngantuk disorongkan bantal saya pun dengan tak rasa malunya pun menyahut cabaran bodoh tu. Tempat depa tentukan saya ikut je. Bila sampai gelangan depa, rupanya ada ramai yang tunggu saya pun buat2 macho je . Depa lawan macam gusti la pula blh main tapak2 lagi tu lepas seorang seorang lagi ,hero seroang je he he he kasian dia . Tapi herokan, satu demi satu saya tangani dengan baik .
Lepas peristiwa tu saya pun belajar Kuntau pula tapi tak lama duit tak ada nak bayar yuran master pun da tak datang kampong kami. Tingkatan tiga saya tumpang rumah guru kelas saya Cikgu Ismail Hj. Ghazali di orang Kedah. Beliau adalah orang menjadi asbab saya nak mengaji agama sampai hari ini. Terima kasih cikgu I love U. Saya tau beliau belajar taekwondo saya pun simpan niat satu hari nanti saya akan belajar taekwondo.
Masa tingkatan 4 abang saya punya la pujuk saya main taekwondo tapi masa tu saya tengah top atas pentas pidato, bahas, puisi dan menyanyi. Satu hari abang bawa juga saya tengok di latihan, bila tengok master dia angkat kaki saya pun tergoda. Bila abang offer nak belanja semua saya pun on le.





Ini gambar saya punya first grading.
Lepas 9 tahun berlatih gila2 saya masih talipinggang hijau, duit tak ada nak grading .
Lepas STPM saya berhijrah ke Pulau Pinang mengaji di Pondok Penanti





Atas Madrasah Manabiul Ulum (pondok penanti ) gambar kecil penempatan pelajar.

1990 baru dapat ambil black belt. Dapat je black belt baru turus buka kelas TKD di pondok.







Siapa nak belajar terbang kena belajar kat pondok dulu he he he





Di pondok ini saya bermula membena dua kerjaya sebagai guru dan jurulatih TKD.
Di pondok ini lah lahirnya Islamic Taekwon do.

Saya perhatikan pelatih taekwondo di sekolah2 mejoritinya orang melayu islam. Mereka diajar hormat jurulatih dengan tunduk macam rukuk dalam solat ini salah dalam islam . Inilah yang membuatkan saya memilih taekwon do, kerana di sini saya boleh menyampaikan ajaran agama semampu yang saya ada peluang.






Ini tengah bagi kuliah magrib kpd pelajar UiTM n UKL dekat masjid wilayah KL.





Gambar ini ambil kat UTM Sekudai dapat Johan tu.

No comments:

Post a Comment