Asalamualaikum apa khabar semua.
Sorry le lama tak update blog . Ini da masuk 3 minggu . Bukan sibuk pun tapi pi umrah.
Kali ini saya bawa grop RJ . Kumpulan kami seramai 39 org termasuk sy .
Dua perkara yang saya dapat daripada ziarah kali dan sangat menyentuh perasaan.
1. Orang yang beriman kepada Allah pasti dibalas dengan kemuliaan. Contohnya ashabul kahfi
Allah memuliakan mereka kerana berusaha untuk menjaga keimanan mereka .
2. Orang yang ingkar perintah Allah pasti dibalas dengan kehinaan. Kaum Sadum ( Kaum Nabi Lut ) disebabkan keingkaran mereka . Mereka melakukan homosex walau telah diberi
peringatan dan amaran. Akhirnya mereka diazab . laut mati menjadi bukti kehancuran mereka.


Ini kat airport Jeddah. Kita orang sedang berbaris untuk masuk emegrasin Jeddah.
Bos posing kena smart sikit.


Gambar ini pula kat airport Amman Jordan. Kat Jordan kami transit 17 jam . Sempat juga lah meronda beberapa tempat yang telah ditentukan oleh Andalusia Travel n Tour.

Ini depan masjid ashabul kahfi . Yang sebelah pula depan gua .
Pak arab ini adalah penjaga gua , sebab terlalu ramai orang Melayu datang ziarah tempat ini
akhirnya dia sudah boleh bertutur bahasa Melayu sikit-sikit.
Yang tepi saya pula tu ialah Dato Jamel (BG ) dan Datin isteri beliau. Dato Jamel ini dulu seorang B.Genderal. Sy tumpag tuah Datok Jamel le yg membolehkan sy dapat ronda Amman , Terima kasih yang tak terhingga buat dato n datin.
Saya juga di bawa ziarah Kolnel Adnan Hj. Adam Penasihat Pertahanan Malaysia di Kedutaan M,sia Jordan. Orang sangat peramah dan murah hati begitu juga isteri beliau .
Kol. n isteri beliau jamu sy masakan Malaysia huuu Subhanallah lazat memang kelas. Tambah
pulak da 2 minggu kena masakan ala arab je . Semoga Kolnel n isteri panjang umur, murah rezeki n bahagia dunai akhirat. Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik kolnel n isteri.


Lepas makan kami ke Amman Citadel iaitu kesan peninggalan kerajaan Rom.
Kami berlepas ke Jeddah sebelah malamnya.
Dari Jeddah kami terus ke Madinah menaiki bas dan sampai di Madinah >