Thursday, April 1, 2010

SEMINAR BELADIRI KOLEJ JURURAWAT KULIM

26 /03/2010 lepas sekali lagi iTKD diberikan kepercayaan untuk mengajar beladiri khas untuk wanita. Program ini dianjurkan oleh pihak Kolej Jururawat Kulim .Kedah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pelajar kepada pelajar kolej tersebut perihal pentingnya ilmu ini. Juga untuk mewujukan jatidiri kepada setiap peserta.



Program ini disertai seramai 120 orang pelatih kolej.



Penceramahnya saya sendiri le dibantu oleh Isteri tersayang ( UMI ),Shafiq,
Siti Khadijah, Siti Fatimah, Amirah .


Kami ucapkan terima kasih banyak kepada Pn. Ros ibu kepada Shafiq yang telah
membawa kami ke kolej . Beliau sekeluarga adalah orang kuat iTKD .


Yang Shafiq peluk tu lah ibu dia ( Pn. Ros ) UMMI nampak mcm serius ka ??? tak lah kalau comel ya lah he he he.

Teknik yang diberi 11 sahaja sebenarnya banyak nak bagi tapi masa tak cukup 4 jam je tu pun sampai jam 11.00 malam.


Ini adalah antara teknik yang diajar semoga mereka dapat lah cuma diharapkan agar mereka tidak membuat aksi ini di rumah ha ha ha



Lihat lah betapa semangatnya mereka . Tengok ini kalau kena penumbuk aku boleh piii tau.




Walaupun letih mereka masih mampu mengukir senyuman ikhlas . inilah senyuman yang akan anda temui esok di kelinik-kelinik. Semoga mereka berjaya menghabiskan pengajian mereka dengan jayanya.


Wajah-wajah ceria inilah esok akan mewarnai kelinik-kelinik desa n kampung saya dan anda
Kita patut merasa bangga kerana mereka dilahirkan dikalangan kita. Mereka sanggup bersusah payah demi kesejahteran dan kebaikan orang lain. Terima kasih misi-misi sekalian. Allah sahaja yang dapat membayar segala kebaikan yang anda curahkan.

1 comment:

  1. mntap & bsemngat bkal2x nurse ni..moga dapat sdkit ilmu prthankn dri & dpt di aplikasi apabila keadaan memerlukan, tp.. bukan pada pesakit y..ehehe

    ReplyDelete