Tuesday, January 19, 2010

MARTIAL ART N ISLAM

Cerita pasal martial art ini bukan benda baru.
Rasulullah pun merupakan seorang yang sangat handal dalam bergusti.
sehingga baginda pernah mengalakan orang yang paling hebat bergusti masa tu.Akhirnya beliau memeluk islam di tangan baginda.

Saidina Umar ra. berkata ajarilah anak lelaki kamu 5 perkara.

  1. menunggang kuda
2.Memanah @ menembak


ini moden


  • main pedang
pedang @ senjata

  • Berenang


  • Bergusti tapi Malaysia kita bersilat @ taekwondo le
Taekwondo n silat

Semoga kita dapat menjadikan TKD sebagai medan dakwah kita. Kerana kita pasti akan ditanya tentang tanggungjawab kita.

Allah memberikan kita kebolehan menyepak,menumbuk dan macam-macam lagi me... yang tak perlu saya syarahkan . maka guna la ruang dan peluang yang ada untuk mendidik anak-anak TKD agar mereka mengenal Allah, mencintai rasulnya dan halal haram dalam segala aspek kehidupan.

wallahuaalam.
Salam TKD buat semua jurulatih n pelatih serta pendokong.


Tuesday, January 12, 2010

ORANG KUAT iTKD

salam persaudaraan.
saya nak kongsi dengan anda sekalian mengenai orang-orang kuat disebalik iTKD.
mereka ini telah menyumbangkan masa,tenaga dan perasaan mereka demi memajukan iTKD.
Ini umi ketika mengajar di IPGM Tuanku Bainun


Nama : Zulkifli Abu Bakar @ abg zul
Pencapaian :

  1. Juara kebangsaan gtf 4 thn berturut-turut
  2. Juara Kejohanan tkdo di Itali 2007
  3. Kejohanan Wajadiri Kbgsaan 2005 (emas)
  4. MSP 2003 (emas)
  5. Sukma 2006 (gangsa)
  6. Ultimate warrior-pringkat akhir 2007
  7. Pgg rekod 360 reverse kick- 8 kaki 2008

mcm2 kejuaraan GTF,ITF,WTF n karate

tengok le medal yang ada tu baru sebahagian.


Samsudin Ramli @ Pak Din
Pencapain :

  1. Juara kebangsaan gtf 5 kali
  2. sukma 2002 (gangsa)
  3. Kejohanan Wajadiri Kbgsaan 2004 (gangsa)
  4. Tempat ketiga Kejuaran Dunia WTF
  5. Mcm2 kejohanan GTF,WTF, ITF.


Nor Fadli @ superman
pencapaian :

  1. Juara kebangsaan 2009 ( team )
  2. Naib johan MAKSUM 2009
  3. mcm kejohanan WTF,GTF

Zikri
Pencapaian:

  1. Johan Thailand Open
  2. John UMS Sabah Open
  3. Mcm2 kejohanan WTF n GTF

Shafiq
Pencapaian :

  1. Johan Kebangsaan GTF 2009 micro
  2. John DTA Open dan lain kejohanan.



Ini hero saya yang baru nak bertapak dalam list juara-juara .Sejak mula join acara sparing ketika berumur 5 tahun sampai la ni tak pernah kalah lagi. yang terbaru juara terbuka Olimpia Champion WTF. Tepi tu kakak dia . lawan hebat juga.
abg.cik ini pun sedang mencari tempat dalam senarai hero-hero yang sedia ada.
ada ramai lagi nama yang akan saya konsi dengan anda insyallah akan datang.

Wednesday, January 6, 2010

BELADIRI DAN SAYA

1984 saya mula belajar Taekwon do. Sebelum itu pun saya telah belajar silat bugis dari sepupuh saya.
Sebulan belajar khatam le, tapi masa tu saya masih sekolah rendah lagi. Masa tingkatan satu saya tumpang rumah kakak pupuh berapa punya pupuh pun saya tak kau tapi mak saya kata pupuh saya pun pupuhlah. Masa tu bapa saya kerja estet jauh dari Bandar sekolah menengah hanya ada kat Bandar saja.






Pendek cerita satu malam budak nakal kampong tu ajak saya gaduh. Alasan depa saya belagak alim selalu pi masjid .Apa lagi bagai orang ngantuk disorongkan bantal saya pun dengan tak rasa malunya pun menyahut cabaran bodoh tu. Tempat depa tentukan saya ikut je. Bila sampai gelangan depa, rupanya ada ramai yang tunggu saya pun buat2 macho je . Depa lawan macam gusti la pula blh main tapak2 lagi tu lepas seorang seorang lagi ,hero seroang je he he he kasian dia . Tapi herokan, satu demi satu saya tangani dengan baik .
Lepas peristiwa tu saya pun belajar Kuntau pula tapi tak lama duit tak ada nak bayar yuran master pun da tak datang kampong kami. Tingkatan tiga saya tumpang rumah guru kelas saya Cikgu Ismail Hj. Ghazali di orang Kedah. Beliau adalah orang menjadi asbab saya nak mengaji agama sampai hari ini. Terima kasih cikgu I love U. Saya tau beliau belajar taekwondo saya pun simpan niat satu hari nanti saya akan belajar taekwondo.
Masa tingkatan 4 abang saya punya la pujuk saya main taekwondo tapi masa tu saya tengah top atas pentas pidato, bahas, puisi dan menyanyi. Satu hari abang bawa juga saya tengok di latihan, bila tengok master dia angkat kaki saya pun tergoda. Bila abang offer nak belanja semua saya pun on le.





Ini gambar saya punya first grading.
Lepas 9 tahun berlatih gila2 saya masih talipinggang hijau, duit tak ada nak grading .
Lepas STPM saya berhijrah ke Pulau Pinang mengaji di Pondok Penanti





Atas Madrasah Manabiul Ulum (pondok penanti ) gambar kecil penempatan pelajar.

1990 baru dapat ambil black belt. Dapat je black belt baru turus buka kelas TKD di pondok.







Siapa nak belajar terbang kena belajar kat pondok dulu he he he





Di pondok ini saya bermula membena dua kerjaya sebagai guru dan jurulatih TKD.
Di pondok ini lah lahirnya Islamic Taekwon do.

Saya perhatikan pelatih taekwondo di sekolah2 mejoritinya orang melayu islam. Mereka diajar hormat jurulatih dengan tunduk macam rukuk dalam solat ini salah dalam islam . Inilah yang membuatkan saya memilih taekwon do, kerana di sini saya boleh menyampaikan ajaran agama semampu yang saya ada peluang.






Ini tengah bagi kuliah magrib kpd pelajar UiTM n UKL dekat masjid wilayah KL.





Gambar ini ambil kat UTM Sekudai dapat Johan tu.