Tuesday, July 26, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN



Apabila mentari Sya'ban telah melabuhkan tirainya Ramadan pasti menjelma bersama sejuta harapan kepada mereka yang beriman.


Daripada Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada kami pada hari terakhir Sya'ban :

" Wahai manusia ! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati . Satu bulan di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitulah Lailatulqadar. Satu bulan yang Allah jadikan puasa pada siangharinya sebagai satu amalan fardu dan berdiri malam harinya sebagai ( solat tarawih ) sebagai satu amalan sunat.

Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan lain. Sesiapa yang menunaikan satu fardhu maka seolah-olah dia melakukan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan Rahmat , pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada api neraka.

Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya ( pekerjanya ) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT. dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkan lah pada bulan ini empat perkara . Dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua lagi yang tidak boleh kamu perlukan . Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya dengan penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah SWT iaitu Lailahaillah dan kamu memohon istighfar daripada Nya. Dua perkara lagi yang mesti bagi kamu ialah memohon syurga dan berlindung daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu ( pada hari kiamat), dengan sekali minum , dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga. "

Darjat Puasa

Al-Iman Al-Ghazali dalam Ehya' Ulumuddin nya membahagikan puasa kepada tiga darjat @ tingkatan .

1. Puasa Umum
Puasa sekadar menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi tuntutan syhwat.

2. Puasa Khusus

Menahan diri daripada memenuhi tuntutan syahwat perut dan kemaluan tetapi orang ini juga menahan telinga,mata,lidah, tangan,kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Ini puasa orang soleh.

3. Puasa Khusus Al Khusus
Selain daripada menahan tuntutan syahwat perut dan kemaluan dan seluruh anggota badan tetapi orang ini juga menahan hatinya daripada memikirkan perkara kotor dan hal-hal keduniaan , hatinya sentiasa ingat akan Allah SWT. ini puasa orang sddiqin dan muqarrabin.

Kesimpulannya marilah kita sama- sama berlapang dada, kalau sebelum ini kita bermasam muka sesama sendiri maka maaf-memaaf lah .

Kalau sebelum ini fitnah memfitnah menjadi sarapan pagi dan minum petang kegemaran kita maka taubat taubatlah .

Kalau sebelum ini kutuk mengkutuk menjadi pemanis bibir kita maka taubatlah

Semoga Ramadan yang bakal menjelang kita dapat lalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Kalau semua orang sanggup berlapang dada dan maaf memaafkan pasti dan pasti dunia ini akan aman, damai dan sejahtera abadi.

Sedarlah dunia ini hanya sementara akhirat jua yang kekal abadi.




No comments:

Post a Comment