Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya.
Semoga Hari raya tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Hari Raya adalah anugerah Allah SWT yang maha penyayang kepada hambaNya yang telah bersusapaya sebulan lamanya menahan lapar,dahaga, keinginan hawa nafsu dan keseronokan demi menurut perintah Allah.

Hari kemenangan yang kita akan sambut esok insyallah juga merupakan hari kemerdekaan syaitan-syaitan yang tertambat selama sebulan.Semoga saja kasih sayang Allah sentiasa melindungi kita.

Sambil kita berseronok melayan tetamu dan menziarahi sanak saudara n teman-teman serta kawan-kawan janganlah sampai kita terlepas pandang akan adap sopan dan tatasusila yang perlu kita patuhi. Antaranya :-

1.Jangan tertinggal solat eidul fitri dan solat jumaat
2.Kawal nafsu makan
3.Kawal pergaulan
4.Elakkan bersalaman dengan kaum yang berlainan jenis.
5.Pakaian mestilah menutup aurat ( wajib )

Sunat-sunat Eidul fitri

1. Mandi sunat raya
2. menjamah makanan sebelum keluar solat eid
3. Perbanyakan bersedekah
4. memakai baju baru @ cantik
5. mengucapkan tahniah " semoga Allah menerima amalan saya dan anda "
6. menggunakan jalan yang berlainan semasa pergi dan balik dari solat eid.

Jangan lupa berdoa kepada Allah semoga segala amalan puasa, solat,zikir,selawat dan sedekah kita diterima.

Dan jangan lupa doakan juga untuk saya sekeluarga. terima kasih.

Jangan lupa datang rumah kami di Taman Gemilang Lunas Kulim Kedah pada hari ke 2.

No comments:

Post a Comment