Wednesday, September 29, 2010

KEJOHANAN TERBUKA UKM 2010



Ini ada kejohanan terawal selepas Bulan Puasa.

Kami pun hantar lah beberapa orang hero n heroin, tolak dari UiTM Penang jam 3pm
hari khamis.



Saya tidak bersama mereka dalam bas sebab saya n umi pi lewat ( jumaat ) sampai kat bangi pagi jam 9. Perlawanan pun da nak start.

Kami pi pun untuk bagi pendedahan kepada pelajar-pelajar UiTM sebab bulan nov nanti ada
KARISMA . Depa pula ada yang tak pernah lawan lagi. Jadi kami pun tidak tagert apa2 pingat.



Yang pakai purda tu pengurus pasukan terbaik abad ini ha ha ha. Ini sebahagian dari atlit UiTM.


Walaupun kami bawa jurulatih kelas dunia tapi pingat gangsa je dapat. Ini antara wajah2
pemain import . Mutu pengadilan tu keseluruhannya kira ok la syabas UKM, walaupun ada
sedikit upset tapi itu kira ok le.

Walaupun masa terlalu ketat sempat juga kami buat sedikit majlis tazkirah ,

muka sampai herot-herot nak sampaikan betapa penting mereka jaga niat , jaga solat.
Kerana tempat macam ni kalau tak berhati2 solat pun boleh terbang. Alhamdulillah depa masih mau dengar walaupun penat letih bertimpa.

Sebagai jurulatih suka saya yang hina dina ini menasihatkan kepada semua JURULATIH , PENGURUS PASUKAN DAN GURU PENGIRING anda adalah dipertanggungjawabkan terhadap studen anda. Kalau mereka hanyut maka anda akan dipersoalkan kelak.

Juga kepada JURULATIH sekalian kawal pergaulan pelatih anda.



Kalau ikut punggutan pinggat Islamictaekwondo dapat 2 emas 3 gangsa.
Tahniah kepada semua . Apa pun solat kena jaga betul bukan kira nak lawan je.

No comments:

Post a Comment