Tuesday, December 21, 2010

SEMINAR TAEKWONDO ANTARABANGSA



Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT .Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad saw,keluarga serta sahabat baginda.

Akhirnya Seminar Taekwondo Antarabangsa UiTM Penang telah berjaya dan berjalan lancar. Walau pun kami terpaksa mengharungi berbagai rintangan dan halangan. Berkat pertolongan daripada AllahSWT , bantuan dari pihak pengurusan UiTM terutamanya( Prof pengarah UiTM ) dan sokongan kuat dari unit sukan UiTM Penang (pegawai sukan En. Salim beserta staffnya ), kawan-kawan semua F ( GTF,WTF,ITF ) maka seminar ini telah berjalan dengan baik sekali.




Suprem Grand Master Kim Bok Man berucap tanda terima kasih. Wakil Pengarah Prof. Madya Ir Damanhuri menyampaikan cenderahati kepada SGM Kim.



Pengarah menerima anugerah talipinggang hitam 2nd Dan.


Alhamdulillah jumlah penyertaan adalah seramai 115 orang. Peserta pula dari berbagai persatuan taekwondo dalam dan luar negara ( Singapura, Indonesia, Veatnam,Bangladesh,India dan Kemboja.)


SM.Kim Bok Man sedang mengajar teknik berdiri yang betul. Yang tepi pakai tudung pink tu orang no 1 islamic taekwondo.


Ini antara kawan-kawan dari Taekwondo GTF dan Tangkas Taekwondo Akademi


Ini sebahagian peserta dari persatuan Taekwondo WTF.



Sebahagian peserta dari ITF, Singapura dan Persatuan Taekwondo Sabah.



Ini pula sebahagian dari Islamic Taekwondo Academy.



Disesi terakhir seminar kami pun ambil kesempatan untuk bergambar dengan Suprem Grand Master Kim Bok Man dan juga Grand Master Raja Chik Jaafar.

Semua yang datang sebenarnya adalah atas dasar ingin menambah ilmu dan demi persahabatan bukan mewakili pertubuhan. Sepatutnya semua orang harus bersikap terbuka seperti mereka bukan syok sendiri.



Ucapan " thank you " banyak 2 kepada Suprem Grand Master Kim Bok Man kerana sudih memberikan tunjuk ajar. Sesungguhnya terlalu banyak yang saya belajar dari beliau. Pertemuan 3 hari tak cukup sebenarnya kerana beliau adalah " Lagenda hidup Taekwondo "

Tq juga kerana telah menghadiakan kepada saya buku tulisan beliau. Jangan cemburu ye !

Tq banyak2 kepada pelajar UiTM yang bersusah payah membantu menjayakan seminar ini.


Kerja-kerja terakhir selepas Seminar , mengangkat mate untuk disimpan di stor .

Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kepada semua yang terlibat .

No comments:

Post a Comment