Wednesday, December 8, 2010

JUARA BARU DI WTF ( TM )

Kejohanan TM kali pertama pada 24 hingga 26 Nov 2010.
Kejohanan telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.



Walaupun baru mendapat kelulusan dari pihak kerajaan , namun TM telah berjaya menunjukan komitmen mereka untuk pembangunan taekwondo di Malaysia. Ini lah sikap dan kesungguhan yang patut di puji. Tahnia kepada TM.

Kejohanan tersebut telah berjaya menghimpunkan atlit seramai lebih kurang sembilan ratus ( 900 ) orang. 15 buah negeri dan 19 primer kelab telah mengambil bahagian. Kalau ada kesungguhan kejayaan pasti dapat di kecapi.

Tapi kalau hanya duduk diam2 dan pandainya hanya menyalahkan orang itu an menyalahkan orang ni habuk pun tak akan dapat.



Zaman dah berubah, perubahan pulak terlalu laju. Kalau kita tidak bertindak pasti akan tertinggal jauh kebelakang. Sistem kejohanan WTF sekarang pun sudah berubah markah,pengadilan pun turut berubah. Sistem permarkahan kejohanan WTF sekarang hampir sama dengan GTF dan ITF. sepak kepala 3 point badan jika jumping kick 2 point tendangan langsung ke badan pula satu markah.

Kalau lah GTF dan ITF dapat dibenarkan bertanding dikejohanan WTF saya pasti peluang adalah 50-50. Oleh itu ORANG KUAT GTF N ITF buatlah sesuatu demi kebaikan pelajar masing-masing. Kalau nak seribu daya kalau tak nak sedalih je .



Saya sudah buktikan bahwasanya siapa pun kita dan apa F pun kita tidak penting apa yang penting ialah cara yang betul dan semangat juang yang tinggi mesti ada.




Saya berharap semoga satu hari nanti TM,GTF & ITF dapat duduk semeja demi kebaikan atlit dan negara. Sejauh pengamatan saya selama ini kita gagal di kejohanan TKD antarabangsa kerana kita tidak menghantar peserta yang terbaik dan terhebat.

Kenapa Karate ,Silat boleh berjaya ? jawapanya mudah sebab mereka menghantar peserta yang terbaik yang ada di Malaysia. Mereka buat pemilihan dikalangan semua pertubuhan karate dan silat yang ada. Manakala TKD hanya satu pertubuhan sahaja, 2 pertubuhan lagi diabaikan.


Setiap pertubuhan TKD masing-masing memiliki atlit yang hebat. GTF pun ada atlit yang bergelar juara dunia begitu juga ITF.

Saya berharap KBS dapat membantu TKD untuk lebih maju dengan membuat satu badan seperti MAKAF & PESAKA dengan nama apa pun tak apa yang penting 3 pertubuhan dapat peluang yang sama rata.

1 comment:

  1. Salam

    Den mmg setuju dgn fendafat Ust.
    Ado skali den burak sama instrakter Karate.. Dio kato kt Melaysia jo ada 60 jenis aliran Karate (tu dio ckp la) tp bila bertanding dibawah namo KARATE.

    Cam silat plak... Mmg bersepah silat kt msia ni sampe 400 jenis aliran. Kompom bezo punyo pengurusan, kekudo dio, tumbuk dio, tendang dio, kunci... Tp bilo bertanding derang ada standert rule sendiri yg diseragamkan

    Tkd ni bapo aliran jo dlm Msia. ITF, WTF, GTF, ICTF... Ado lg ko yg ln... ITF, GTF n ICTF ni silibes lebey kureng jo.. Segi tonemen - sparing lebey kureng... ni pn jd masalah bosa...

    Nk wat camno?.. Presiden USA paling lamo 2 penggal jo... hehehehehe

    ReplyDelete